
Apa itu Macbook?
MacBook adalah jenama komputer riba Macintosh yang direka dan dipasarkan oleh Apple Inc. yang menggunakan sistem operasi macOS Apple sejak tahun 2006. Ia menggantikan jenama PowerBook dan iBook semasa peralihan Mac ke pemproses Intel, yang diumumkan pada tahun 2005. Barisan semasa terdiri daripada MacBook Air (2008 – sekarang) dan MacBook Pro (2006 – sekarang).
Pada 10 November 2020, Apple mengumumkan model MacBook Air dan MacBook Pro yang menggabungkan sistem Apple M1 baru pada cip mereka. Apple akan terus menjual versi MacBook Pro dengan processor Intel.
MacBook adalah ultrabook dari Apple yang dapat memenuhi citarasa para profesional dan pelajar. Inilah yang dipilih oleh pengguna apabila kos bukan menjadi permasalahan, tetapi mereka mahukan prestasi yang terbaik. Tetapi tidak terdapat begitu banyak manfaat bagi seorang 'gamers' dengan Macbook ini kerana ia memang tidak direka bagi tujuan 'gaming'. Inilah sebabnya mengapa anda tidak akan pernah melihat GPU kelas atasan pada Macbook, walaupun ia mempunyai processor yang hebat.
Macbook direka khas dalam software dan hardware nya. MacOS itu sendiri yang memang ternyata unik dan cantik. Setiap Macbook dilengkapi dengan perisian Apple yang telah dipasang yang berfungsi sebagai alternatif untuk menggunakan kebanyakkan perkara yang terdapat pada Windows. Oleh itu, banyak perisian dalam Windows yang juga disokong oleh MacOS.
Jadi, apakah kelebihan Macbook yang membuatkan anda patut memilikinya?
1. Mudah alih dan Menarik
Salah satu sebab mengapa orang menyukai Macbook adalah kerana penampilannya, dan ramai mengakui bahawa reka bentuknya adalah yang terbaik berbanding komputer riba yang lain.
Saiznya yang ringkas dan 'minimal' menjadikan ianya mudah alih, bahagian bezel yang nipis pada screen memastikan ianya kemas, cantik dan sedap mata memandang.
Kemasan keperakan dan logo Apple yang bercahaya di bahagian cover Macbook ini menjadikan ia digilai ramai. Juga, perhatian khusus diberikan pada setiap corner Macbook ini agar tidak ada satu corner yang tajam pun di seluruh body Macbook ini.
Bahan binaannya merupakan aluminium dan magnesium yang dikitar semula. Jadi ianya ringan dan juga tidak membahayakan alam sekitar pada masa yang sama. Model yang latest dilengkapi dengan pelbagai pilihan warna, membuatkan anda tiada alasan untuk tidak membelinya.
2. Tekstur dan ciri premium
Tempat 'palm rest' atau pun bingkai yang tidak akan meninggalkan sebarang kesan titik walaupun anda menggunakan dalam keadaan tangan yang berpeluh. Keyboard dan touchpad yang bagus, dan penambahbaikan dapat dilihat pada model Macbook Pro 16". Key travel yang mudah memberikan pengguna pengalaman menaip yang professional dan trackpad yang besar membuatkan pengguna dapat merasai pengalaman premium dan selesa dalam menggunakan Macbook.
3. Paparan / DIsplay
Ketumpatan pixel yang lebih baik, ketepatan warna, dan pelbagai lagi ciri yang menarik berbanding komputer riba Windows. Apple juga telah memperkenalkan Retina Display baru yang meningkatkan visual. Macbook Pro 16" yang dilancarkan pada tahun 2019 telah mendapat resolusi 3072*1920p dan 226 pixel per inci paparan. Sebilangan besar model Macbook lain mempunyai paparan 2K, yang menjadikannya jauh lebih baik daripada skrin FHD yang dimiliki kebanyakan komputer riba lain.
4. Prestasi yang lancar
Anda akan mendapat akses ke peranti yang sangat pantas yang tidak menunjukkan tanda-tanda kelambatan tidak kira betapa beratnya beban kerja. Kipas yang tidak berbunyi bising, penyimpanan pantas, dan tentu saja processor Intel terkini. Salah satu sektor di mana Macbook disarankan dan dipuji adalah dalam penyuntingan video dan audio. Dengan sokongan dari OS, peranti ini menyelesaikan tugas penyuntingan (bahkan 4K) lebih cepat daripada Windows, dan oleh itu tidak kira seberapa besar failnya, anda tidak perlu menunggu lama. Inilah sebabnya mengapa mereka yang terlibat dalam industri video dan audio merasa sangat selesa untuk bekerja menggunakan Macbook. Fungsi kelancaran peranti ini dijamin oleh memori sistem yang banyak yang berfungsi dengan sempurna dan menyokong banyak tugas.
5. Bateri
Apple sentiasa teliti dan cekap dalam menghasilkan setiap produk mereka, dan Macbook tidak terkecuali. Oleh kerana hardware yang mereka gunakan memang berkualiti, Macbook mendapat bateri backup yang sangat baik, dan walaupun dengan penggunaan yang intensif, Macbook bertahan lebih lama daripada komputer riba Windows.
Kelebihan-kelebihan di atas disebut kerana kebanyakkan pengguna Macbook tidak ber'gaming' atau membuat penyuntingan video yang intensif. Tetapi walaupun untuk penggunaan harian dan tugas mid-range, bateri backup adalah sangat baik.
6. Sokongan OS
Salah satu sebab pengguna memilih Macbook adalah untuk merasai menggunakan MacOS. Sebab di sebalik itu ialah MacOS X (versi terbaru) memberi anda persekitaran bebas iklan yang gagal dicapai oleh Windows. Sistem crash yang sedikit, kestabilan yang lebih bagus, interface yang lebih bersih, kemaskini yang lebih lancar, dan banyak lagi kelebihan lain yang tidak dapat ditandingi komputer riba Windows. Terdapat beberapa perisian yang dapat anda gunakan untuk tugas penyuntingan asas yang sudah sedia-ada dalam Macbook, sementara untuk Windows anda harus install secara manual.
Tetapi bahagian terbaik di sini adalah bersama dengan kelebihan Mac OS, MacBook juga menyokong sistem operasi Windows dan Linux. Ini tidak semudah yang dilakukan untuk komputer riba Windows. Ini bererti bahawa dengan kejelasan persekitaran Mac, anda juga boleh memasang Windows pada komputer riba Apple anda dan bekerja dengan kedua-duanya. Ini adalah kelebihan besar yang tidak dapat ditawarkan oleh komputer riba yang paling mahal dari jenama lain.
7. Ciri keselamatan
Apple terkenal dengan ciri keselamatan yang mendapat tempat teratas dalam senarai kesemua jenama gadget. Jumlah kes di mana Macbook telah di-hack adalah sangat kecil, semuanya kerana ciri keselamatan mereka yang hebat. MacOS mempunyai lebih banyak kawalan, oleh itu kemungkinan kebocoran data jauh lebih sedikit. Windows mungkin mempunyai lebih banyak sokongan hardware, tetapi keselamatannya diragui. Ciri keselamatan ini mungkin tidak begitu penting bagi para pelajar, atau pengguna biasa. Tetapi bagi pengguna profesional atau mereka yang bekerja dengan data sensitif, mereka tidak boleh membiarkan data mereka digunapakai atau diakses tanpa kebenaran oleh orang yang tidak berkenaan.
Memang benar bahawa terdapat juga beberapa eksiden oleh MacOS ini, tetapi secara keseluruhan MacOS lebih selamat berbanding Windows.
Kesimpulan
Walaupun harganya agak mahal, MacBook adalah komputer riba yang terkenal dengan kualiti dan prestasinya. Jika budget tidak menjadi faktor, kebanyakan pengguna di seluruh dunia lebih suka produk Apple ini. Apple nampaknya telah menetapkan standard yang tidak dapat dipecahkan oleh jenama atau peranti lain, dan mereka juga merancang untuk menjadi yang tertinggi pada tahun-tahun mendatang juga. Tetapi ketika harganya meningkat, Apple perlu memperbaiki kekurangan pada produk-produk mereka, jika tidak, fanbase kukuh yang mereka miliki sekarang mungkin akan beralih arah pada jenama lain.