
Sebagai seorang pengguna iPhone, anda mesti mahukan performance yang baik seiring dengan penampilan iPhone anda yang menarik. Tetapi walau bagaimanapun, seorang pengguna iPhone pasti akan menghadapi satu masalah yang biasa didengari ini, iaitu masalah bateri cepat turun. Ataupun ayat yang popular, "bateri cepat drain", atau "bateri turun macam air".
Tips di bawah adalah cara untuk menjimatkan penggunaan bateri iPhone:
1. Tetapkan kecerahan skrin secara minimum atau set kan Auto-Brightness pada setting iPhone anda. Lampu latar yang digunakan untuk menerangi layar skrin iPhone anda itu yang menggunakan banyak bateri.
Bagi iPhone yang dilengkapi dengan iOS 13, anda boleh menggunakan dark mode, yang juga dapat menjimatkan kuasa bateri anda.
2. Aktifkan Pengecasan Bateri Optimum/Optimized Battery Charging pada setting iPhone anda. Bagi iPhone yang dilengkapi dengan iOS 13, Pengecasan Bateri Optimum ini akan belajar dari penggunaan harian anda untuk mengurangkan masa untuk iPhone anda untuk dicas sepenuhnya. Ia membantu bateri mengekalkan kapasiti 100% untuk jangka masa yang lebih lama.
3. Matikan perkhidmatan lokasi atau kurangkan penggunaan aplikasi yang menggunakan lokasi. iPhone secara automatik akan menggunakan GPS, data dan Wi-Fi untuk menetapkan lokasi dengan tepat. Banyak aplikasi yang menggunakan perkhidmatan lokasi yang menyebabkan bateri iPhone menjadi lebih cepat turun.
4. Kosongkan ruang dengan mengalihkan/membuang aplikasi yang terkini (recent apps) atau force-stop aplikasi yang tidak diguna-pakai. Sekiranya anda tidak menggunakan beberapa aplikasi, jangan lupa untuk menutupnya atau membuangnya kerana ia juga punca bateri cepat turun.
5. Padamkan Bluetooth dan Wi-Fi, kecuali jika anda menghubungkan Bluetooth tersebut dengan apa apa gadget seperti wireless earphone atau smartwatch. Dan juga sekiranya anda tidak mahu menggunakan Internet daripada W-Fi, matikan juga Wi-Fi tersebut.
Tips tambahan untuk membuatkan bateri iPhone anda lebih bertahan lama:
1. Jangan biarkan iPhone anda terlebih cas ataupun anda membiarkan iPhone anda mati sebelum di-cas. Kekalkan bateri iPhone anda di antara 30% dan 80% paling maksimum.
2. Pastikan penggunaan iPhone anda hanya pada suhu di antara 0°C dan 35°C paling maksimum. Elakkan dari meletakkan iPhone anda di tempat yang terdedah dengan suhu yang terlalu panas, seperti di dashboard kereta ketika ingin memandu kerana ianya juga merupakan punca bateri iPhone untuk bukan sahaja cepat turun, malah membuatkan ia cepat rosak.