Cara Check IMEI & Status Blacklist Phone Sebelum Jual
Sebelum sebut harga, sebelum pemeriksaan fizikal, satu perkara ditengok dahulu, iaitu IMEI. Kalau IMEI phone anda blacklist atau disekat rangkaian, phone itu tidak boleh dijual langsung walaupun kondisi macam baru. Berikut cara cari IMEI anda, cara semak statusnya, dan apa yang boleh dibuat kalau ada masalah.
Kenapa IMEI diperiksa dahulu
Phone yang IMEI-nya disekat tidak boleh dijual semula kepada sesiapa pun. Ia mungkin masih boleh guna Wi-Fi, skrin masih cantik, bateri masih elok, tetapi ia tidak akan dapat isyarat rangkaian pada mana-mana telco. Bagi pembeli seterusnya, itu bermakna phone tersebut hanya separuh berfungsi.
Sebab itulah semakan IMEI dibuat sebelum apa-apa lagi. Ia bukan sekadar faktor harga, ia menentukan sama ada urus niaga boleh diteruskan atau tidak.
Cara cari nombor IMEI anda, 4 pilihan
Semua kaedah di bawah memberi nombor yang sama. Pilih yang paling mudah untuk anda.
- Kod dailer (paling cepat): buka aplikasi telefon dan taip
*#06#. IMEI akan terus keluar di skrin. Berfungsi pada hampir semua phone, iPhone mahupun Android, tanpa perlu buka kunci sepenuhnya. - iPhone: Settings → General → About, kemudian tatal ke bawah sampai nampak IMEI.
- Android: Settings → About phone → Status, atau Settings → About phone → IMEI information. Lokasi sedikit berbeza ikut jenama.
- Fizikal: tercetak pada kotak asal (label barcode di tepi), pada dulang SIM sesetengah iPhone, atau di belakang badan phone pada model lama.
Kalau phone anda dual SIM, anda akan nampak dua IMEI. Itu normal. Kedua- duanya milik peranti yang sama.
Cara semak sama ada IMEI bersih
Tiada satu laman rasmi tunggal untuk semakan blacklist di Malaysia, jadi gunakan gabungan cara berikut:
- Ujian SIM card:masukkan SIM card yang anda tahu berfungsi (sudah diuji pada phone lain). Kalau phone tunjuk "No Service" sedangkan SIM itu elok, itu tanda amaran paling kuat.
- Hubungi telco: telefon khidmat pelanggan telco dan beri nombor IMEI. Mereka boleh sahkan sama ada IMEI itu disekat pada rangkaian mereka.
- Semakan dalam talian: ada perkhidmatan semakan IMEI percuma yang boleh tunjuk model, warranty status dan kadang-kadang status lock. Anggap ia sebagai petunjuk awal sahaja, bukan pengesahan muktamad untuk rangkaian tempatan.
- iPhone:semak juga Settings → General → About → Carrier Lock. Kalau tertulis "No SIM restrictions", iPhone itu unlocked.
Tanda-tanda phone mungkin ada masalah IMEI
- Tunjuk "No Service" atau "Searching" berterusan walaupun SIM elok
- Berfungsi dengan Wi-Fi tetapi tidak boleh buat panggilan atau guna data mobile
- Isyarat hilang tiba-tiba selepas beberapa hari digunakan
- Dibeli murah luar biasa daripada penjual yang tidak boleh tunjuk resit atau kotak
- Penjual asal enggan beri nombor IMEI sebelum anda beli
Kalau anda baru membeli phone terpakai dan menghadapi salah satu di atas, hubungi penjual itu segera. Lebih lama ditangguh, lebih sukar untuk dapat balik duit anda.
Kalau IMEI anda memang disekat
Perkara pertama, jangan cuba ubah IMEI. Ia menyalahi undang-undang di Malaysia dan kami tidak akan menerima unit yang IMEI-nya telah diubah, walau dalam keadaan apa sekalipun.
Yang boleh dibuat secara sah:
- Kalau sebab tunggakan kontrak: hubungi telco, jelaskan baki bil, dan minta sekatan IMEI dibuang. Selepas status bersih, phone boleh dijual seperti biasa.
- Kalau phone dilaporkan hilang atau dicuri oleh pemilik asal: hanya pemilik berdaftar itu yang boleh menarik balik laporan tersebut. Kalau anda membelinya daripada orang lain, anda perlu berhubung semula dengan penjual itu.
- Kalau sekatan hanya pada satu telco: kadang-kadang phone masih berfungsi pada rangkaian lain. Ini tetap perlu dimaklumkan kepada kami, kerana ia mempengaruhi nilai.
Apa yang kami terima
Supaya jelas dan tiada salah faham semasa anda datang:
- iPhone terkunci telco atau kontrak: kami terima
- iPhone SIM-locked (terikat satu carrier): kami terima
- iPhone terkunci iCloud (Activation Lock): tidak boleh, langsung
- iPhone terkunci MDM (Remote Management): tidak boleh, langsung
- Android terkunci telco: tidak boleh
- Mana-mana phone dengan IMEI yang diubah: tidak boleh
Checklist sebelum datang
- Taip
*#06#dan simpan nombor IMEI anda - Uji dengan SIM card yang anda tahu berfungsi
- Backup semua data penting, gambar, WhatsApp, kontak, dan 2FA
- Buang akaun iCloud atau Google/Samsung sebelum factory reset
- Cas bateri sekurang-kurangnya 50 peratus
- Bawa kad pengenalan, dan kotak asal kalau masih ada
Bila anda sudah bersedia, WhatsApp kami model, storage, kondisi dan status lock phone anda, kami akan balas dengan anggaran harga berdasarkan pasaran semasa. Anda boleh mula dari halaman jual phone terpakai kami, atau terus ke halaman jual phone di KL kalau anda berdekatan dengan kedai kami di Sentul. Harga akhir disahkan selepas pemeriksaan fizikal, biasanya mengambil masa 15 hingga 30 minit, dan bayaran tunai atau DuitNow dibuat terus di tempat.
Dapatkan sebut harga buyback
WhatsApp kami dengan butiran peranti anda, kami akan balas dengan sebut harga anggaran berdasarkan harga pasaran.
WhatsApp Berry NiceSoalan lazim
Apa itu IMEI dan kenapa ia penting?+
IMEI ialah nombor 15 digit yang unik untuk setiap phone, macam nombor kad pengenalan untuk peranti. Rangkaian telco guna nombor ini untuk kenal pasti phone anda. Kalau sesebuah phone dilaporkan hilang, dicuri, atau ada tunggakan kontrak yang tidak dijelaskan, IMEI itu boleh disenaraihitamkan dan phone tersebut akan hilang perkhidmatan rangkaian.
Macam mana nak tahu IMEI saya blacklist?+
Tanda paling jelas ialah phone tunjuk "No Service" atau "Tiada Perkhidmatan" walaupun guna SIM card yang aktif dan disahkan berfungsi pada phone lain. Anda juga boleh hubungi khidmat pelanggan telco dan minta mereka semak status IMEI tersebut. Ada juga laman semakan IMEI dalam talian, tetapi ketepatannya berbeza-beza untuk rangkaian Malaysia, jadi jangan bergantung sepenuhnya pada satu sumber.
Adakah IMEI boleh dibersihkan atau ditukar?+
Menukar IMEI adalah menyalahi undang-undang di Malaysia dan kami tidak akan terima phone yang IMEI-nya diubah. Yang sah pula ialah menyelesaikan punca sekatan itu. Kalau ia disebabkan tunggakan kontrak, jelaskan bil dengan telco dan minta mereka buang sekatan tersebut. Selepas status kembali bersih, phone itu boleh dijual seperti biasa.
Phone saya masih ada kontrak telco, boleh jual tak?+
Untuk iPhone, kami terima unit telco atau kontrak dan juga unit SIM-locked. Yang kami tidak boleh terima langsung hanya iPhone yang terkunci iCloud (Activation Lock) atau MDM. Untuk phone Android pula, kami tidak boleh terima unit yang terkunci telco. Sila beritahu status sebenar phone anda awal-awal supaya sebut harga yang diberi tepat.
Perlu bawa apa semasa datang jual phone?+
Bawa phone itu sendiri (sudah backup dan sudah buang semua akaun), kad pengenalan anda untuk rekod urus niaga, dan kalau ada, kotak asal serta charger. Resit pembelian asal membantu tetapi bukan wajib. Pastikan bateri sekurang-kurangnya 50 peratus supaya pemeriksaan boleh dijalankan dengan lancar.
Panduan & halaman berkaitan
Jual phone terpakai
Halaman utama buyback phone terpakai, semua jenama dan kondisi.
Jual phone di KL
Kedai buyback kami di Sentul, Kuala Lumpur, bayaran tunai terus.
Jual phone yang terkunci
Apa yang kami terima dan tidak terima untuk unit locked.
Jual phone terpakai dengan selamat
Elak scam, resit palsu, dan tukar unit semasa urus niaga.