Apa Yang Affect Harga Phone Terpakai? 7 Faktor
Kenapa phone kawan dapat harga lebih tinggi daripada phone anda walaupun model sama? Harga buyback bukan main teka, ia based on faktor yang jelas. Faham 7 faktor ini, anda boleh maksimumkan offer dan tahu apa nak jangka sebelum WhatsApp atau datang kedai.
7 faktor yang menentukan harga
- Model & permintaan pasaran, model terkini dan popular kekal bernilai tinggi; model lama atau kurang diminati dapat kurang.
- Kondisi fizikal, calar skrin, kemek, retak belakang.
- Battery health, di bawah 80β85% biasanya tolak offer.
- Status kunci, mesti bukan iCloud / FRP locked; Android telco-locked tak diterima.
- Alat ganti original, skrin, bateri, housing original dapat lebih tinggi daripada third-party.
- Box & accessories, kotak dan charger asal naikkan nilai (kesan kecil).
- Storage, kapasiti lebih tinggi = offer lebih tinggi.
Macam mana nak maksimumkan offer
- Backup dan sign out akaun, kemudian factory reset (elak iCloud / FRP lock).
- Kumpul box dan accessories asal kalau ada.
- Jangan baiki sendiri dengan alat ganti murah sebelum jual, selalunya tak berbaloi.
- Jual lebih awal, nilai turun bila model baru dilancarkan.
Sedia untuk tahu nilai sebenar?
WhatsApp kami model, storage, battery health, dan kondisi, kami balas dengan anggaran adil berdasarkan pasaran. Inspection 15β30 minit, bayaran segera via DuitNow atau bank transfer.
Dapatkan sebut harga
WhatsApp kami dengan butiran peranti anda, kami akan balas dengan sebut harga anggaran berdasarkan harga pasaran.
WhatsApp Berry NiceSoalan lazim
Faktor mana paling besar pengaruh?+
Model dan permintaan pasaran, diikuti kondisi fizikal dan battery health. Status kunci (iCloud / FRP) pula menentukan sama ada peranti laku langsung, iCloud locked = absolute no.
Battery health rendah affect banyak?+
Ya, tapi tak disqualify. Di bawah 80β85% biasanya tolak offer sikit. Bagitahu battery health % masa WhatsApp untuk anggaran lebih tepat.
Alat ganti third-party affect harga?+
Ya. Skrin atau bateri yang bukan original biasanya tolak lebih banyak daripada calar biasa, sebab ia jejas nilai jualan semula.
Kenapa harga online berbeza dengan harga akhir?+
Harga online ialah anggaran based on apa anda beritahu. Harga akhir disahkan selepas inspection fizikal, kerosakan tersembunyi, alat ganti, atau status kunci boleh ubah angka. Kami terangkan sebelum anda putuskan.