Phone Masih Bawah Waranti: Adakah Ia Naikkan Harga Jual?
Ramai penjual tanya soalan yang sama: phone saya baru beli beberapa bulan, waranti masih ada, jadi patutnya harga lebih tinggi kan? Jawapannya: ia boleh membantu, tapi tak sebesar yang ramai sangka. Panduan ini terangkan bila waranti betul-betul beri kesan, cara semak baki waranti iPhone dan Samsung, dan perkara yang boleh buat waranti terbatal sebelum anda jual.
Jawapan ringkas: membantu, tapi bukan faktor utama
Waranti yang masih berbaki beri keyakinan kepada pembeli seterusnya. Kalau ada masalah dalam beberapa bulan pertama, pemilik baru masih boleh bawa ke pusat servis rasmi. Itu yang buat phone lebih mudah dijual semula, dan sebab itu ia boleh membantu tawaran anda.
Tapi harga phone terpakai masih ditentukan terutamanya oleh perkara lain:
- Model dan tahun keluar
- Saiz storage
- Kondisi skrin dan badan
- Battery health
- Semua alat ganti masih original atau tidak
- Status kunci seperti iCloud, FRP atau telco
Phone yang masih ada waranti tapi skrin calar teruk tetap dapat harga lebih rendah daripada phone tanpa waranti yang kondisinya cantik.
Bila waranti paling beri kesan
Waranti paling bernilai dalam situasi ini:
- Model baru. Phone yang baru keluar dalam tempoh setahun, jadi baki waranti masih panjang.
- Kondisi hampir baru. Pembeli yang cari phone "macam baru" memang sanggup bayar lebih untuk waranti.
- Ada AppleCare+ atau pelan perlindungan lanjutan. Sesetengah pelan boleh dipindah milik kepada pemilik baru. Semak terma pelan anda sebelum anggap ia ikut sekali dengan phone.
Untuk phone berusia dua tahun ke atas, waranti pengeluar biasanya dah tamat, jadi ia tak lagi jadi faktor.
Cara semak baki waranti
iPhone: buka Settings, General, About. Tekan bahagian Coverage atau Limited Warranty untuk tengok tarikh tamat. Cara lain, masukkan nombor siri di laman semakan liputan rasmi Apple.
Samsung dan Android lain: semak di laman web rasmi pengeluar guna nombor IMEI atau nombor siri, atau rujuk resit pembelian dan kad waranti dalam kotak. Nombor IMEI boleh dapat dengan dail *#06#.
Tangkap skrin tarikh tamat waranti dan hantar bersama gambar phone bila minta sebut harga. Ia jimat masa masa pemeriksaan.
Perkara yang boleh batalkan waranti sebelum anda jual
- Baiki di kedai luar. Tukar skrin atau bateri di kedai yang bukan pusat servis rasmi biasanya membatalkan waranti, dan alat ganti bukan original juga turunkan harga.
- Kerosakan air atau fizikal. Waranti pengeluar biasanya tak cover kerosakan akibat jatuh atau masuk air.
- Buka casing sendiri. Ada tanda phone pernah dibuka boleh jejaskan tuntutan waranti.
Kalau phone masih bawah waranti dan ada masalah kecil seperti butang atau speaker, pertimbangkan untuk tuntut waranti dahulu di pusat servis rasmi. Pembaikan percuma sebelum jual biasanya berbaloi.
Dokumen yang patut disimpan
- Resit atau invois pembelian
- Kotak asal yang ada nombor IMEI atau siri sepadan
- Kad waranti atau bukti pelan AppleCare+
- Rekod servis dari pusat servis rasmi, kalau ada
Dokumen ini bukan sahaja sokong waranti. Ia juga bukti pemilikan, yang membantu proses jual berjalan lancar.
Sedia nak jual?
Kalau phone anda iPhone, mula di halaman jual iPhone terpakai. Untuk Samsung, tengok halaman jual Samsung terpakai. Hantar model, storage, gambar kondisi, battery health dan tarikh tamat waranti melalui WhatsApp, dan kami balas dengan anggaran berdasarkan harga pasaran. Harga akhir disahkan selepas pemeriksaan fizikal.
Tanya harga phone saya
WhatsApp kami dengan butiran peranti anda, kami akan balas dengan sebut harga anggaran berdasarkan harga pasaran.
WhatsApp Berry NiceSoalan lazim
Adakah waranti yang masih ada naikkan harga jual phone saya?+
Ia boleh membantu, terutama untuk model yang baru keluar dan kondisinya cantik. Tapi faktor lain seperti model, storage, kondisi skrin dan badan, battery health dan status kunci biasanya beri kesan lebih besar. Waranti lebih kepada nilai tambah, bukan faktor utama.
Macam mana nak semak waranti iPhone?+
Pergi ke Settings, General, About. Di bahagian Coverage atau Limited Warranty, anda boleh tengok tarikh tamat waranti. Anda juga boleh semak di laman web rasmi Apple (checkcoverage.apple.com) guna nombor siri.
Kalau saya tukar skrin di kedai luar, waranti masih ada?+
Biasanya tidak. Pembaikan di kedai yang bukan pusat servis rasmi boleh membatalkan waranti pengeluar, dan alat ganti bukan original juga menurunkan harga jual. Kalau phone masih bawah waranti dan ada masalah, lebih baik guna pusat servis rasmi dahulu.
Phone import set ada waranti Malaysia tak?+
Biasanya tidak ada waranti rasmi tempatan untuk Android import set. iPhone ada waranti antarabangsa terhad untuk sesetengah perkara, tapi terma berbeza ikut negara. Semak dengan pengeluar kalau tak pasti.
Kena bawa resit bila jual?+
Tak wajib, tapi sangat membantu. Resit membuktikan tarikh beli dan pemilikan, dan menyokong baki waranti. Simpan juga kotak asal kalau masih ada.
Panduan & halaman berkaitan
Jual iPhone terpakai
Halaman buyback iPhone, apa yang kami terima dan cara dapat sebut harga.
Jual Samsung terpakai
Halaman buyback Samsung Galaxy dan syarat penerimaan.
7 faktor harga phone terpakai
Faktor utama yang tentukan harga tawaran phone anda.
Cara check IMEI & blacklist
Semak status IMEI phone sebelum jual supaya tiada kejutan.