Gaming Buyback Β· Malaysia

Jual Gaming Console Terpakai di Malaysia

Console dah berhabuk? Berry Nice beli gaming console terpakai, PlayStation, Nintendo Switch, Xbox, dan handheld gaming PC seperti ROG Ally dan Steam Deck. Bawa controller, charger dan box untuk offer terbaik. WhatsApp untuk anggaran, bayaran cash segera.

Yang kami terima

  • PlayStation 4 & 5
  • Nintendo Switch / Switch OLED
  • Xbox Series & One
  • Handheld gaming PC, ROG Ally, Steam Deck

Sebelum jual

Sign out semua akaun, factory reset, dan kumpulkan controller, charger, dan box. Bagitahu kondisi sebenar dan apa-apa masalah masa WhatsApp untuk anggaran tepat.

Proses jual console

  1. WhatsApp kami model console, kondisi, dan kelengkapan (berapa controller, ada dock/box atau tidak).
  2. Kami balas dengan anggaran harga. Walk in ke kedai Sentul, KL atau courier kalau jauh.
  3. Inspection di depan anda: kami test power, output HDMI, controller, dan storan.
  4. Setuju dengan offer? Bayaran cash atau DuitNow segera.

Apa yang naikkan offer console anda

Box dan kelengkapan asal, bilangan controller, kondisi fizikal yang bersih, dan storan yang besar (untuk PS5/Xbox) semuanya boleh naikkan offer. Limited edition atau bundle tertentu juga lebih bernilai. Console dengan masalah (joy-con drift, port HDMI rosak) tetap kami terima, offer cuma ambil kira kos baiki, jadi tak perlu baiki sendiri dulu.

Pautan berkaitan

Soalan lazim

Console apa yang kami beli?+

PlayStation (PS4/PS5), Nintendo Switch (termasuk OLED), Xbox, dan handheld gaming PC seperti ROG Ally dan Steam Deck.

Perlu bawa controller dan accessories?+

Ya, elok bawa, controller, charger, dock (Switch), kabel, dan box asal boleh naikkan offer.

Console ada masalah, boleh jual?+

Boleh. Joy-con drift, port HDMI rosak, atau isu lain, beritahu masa WhatsApp, offer ikut kos baiki.

Akaun perlu di-logout?+

Ya. Sign out akaun PSN / Nintendo / Xbox dan factory reset sebelum jual untuk lindungi data anda.

Sedia untuk jual?

WhatsApp kami details device anda, kami balas dengan sebut harga anggaran. Bayaran segera via DuitNow atau bank transfer.

WhatsApp Untuk Quote Console
WhatsApp us