Camera Buyback Β· Malaysia

Jual Kamera Terpakai di Malaysia

Ada kamera yang dah jarang guna? Berry Nice beli kamera terpakai, DSLR, mirrorless, action camera (GoPro), dan lens. Bawa body, lens, charger dan box kalau ada. WhatsApp model dan kondisi untuk anggaran, bayaran cash segera.

Kamera yang kami terima

  • DSLR & mirrorless (Canon, Sony, Nikon, Fujifilm, dll.)
  • Action camera (GoPro dan seangkatan)
  • Lens dan beberapa accessories

Apa yang affect harga

Model dan permintaan, kondisi fizikal, shutter count (untuk DSLR/mirrorless), jamur pada lens, dan kelengkapan (box, charger, bateri). Bagitahu sebanyak detail untuk anggaran tepat.

Proses jual kamera

  1. WhatsApp kami model body/lens, kondisi, dan kelengkapan (body sahaja atau dengan lens, box, charger).
  2. Kami balas dengan anggaran harga. Datang ke kedai kami di Sentul, KL, atau courier kalau jauh.
  3. Inspection di depan anda: kami semak shutter count, autofocus, sensor, dan kondisi lens (termasuk jamur).
  4. Setuju dengan offer? Bayaran cash atau DuitNow segera.

Kenapa jual kamera ke Berry Nice?

Tak perlu tunggu pembeli online berminggu-minggu, tiada risiko meet-up dengan orang asing, dan tiada lowball. Anda berurusan dengan kedai berdaftar SSM yang ada alamat tetap, dan bayaran disahkan sebelum kamera bertukar tangan. Sesuai untuk yang nak jual cepat dan selamat.

Pautan berkaitan

Soalan lazim

Kamera jenama apa yang kami beli?+

Kebanyakan jenama popular, Canon, Sony, Nikon, Fujifilm, GoPro, dan lain-lain. WhatsApp model untuk check.

Boleh jual lens sahaja?+

Boleh. Lens ada nilai sendiri. Bagitahu model lens dan kondisi (jamur, calar, autofocus) masa WhatsApp.

Shutter count affect harga?+

Ya, untuk DSLR/mirrorless, shutter count tinggi boleh turunkan offer. Kami semak masa inspection.

Perlu bawa box dan charger?+

Elok bawa kalau ada, box, charger, bateri, dan strap asal boleh naikkan offer.

Sedia untuk jual?

WhatsApp kami details device anda, kami balas dengan sebut harga anggaran. Bayaran segera via DuitNow atau bank transfer.

WhatsApp Untuk Quote Kamera
WhatsApp us